- Pemeriksaan keseluruhan bangunan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penebukan. Contohnya saluran paip di bawah lantai dapur dan bilik air untuk meastikan saluran paip ini tidak mengenai mesin gerudi apabila kerja-kerja penebukan dilakukan.
- Pemeriksaan juga akan dilakukan di seluruh struktur bangunan yang diperbuat dari bahan kayu. Jika terdapat anai-anai di tempat seperti jenang tingkap, jenang pintu, kayu kekuda dan siling maka bahan kimia spot powder akan digunakan.
- Menggerudi lubang di tepi dinding di sekeliling luar dalam bangunan. Penebukan dilakukan diatas lantai konkrit sehingga ke paras tanah (400 mm) ke dalam tanah tepi dinding, jarak antara lubang ke lubang 2 kaki dan 4 inci dari dinding. Saiz lubang bergaris pusat 16mm.
- Bahan lima sebanyak 5 liter disuntik kedalam lubang menggunakan alat (slap injector) dengan bantuan mesin High Pressure Pump. Alat ini dapat menentukan berapa liter bahan kimia yang telah disuntik. (5 liter / 35 saat)
- Setelah itu lubang-lubang akan ditampal dengan simen mengikut warna asal simen.
- Lawatan susulan akan dilakukan selepas 3 bulan kerja-kerja dilaksanakan untuk memastikan anai-anai mati keseluruhannya.
Saturday, August 1, 2009
KAEDAH PEMBASMIAN ANAI-ANAI SECARA "CORRECTIVE SOIL TREATMENT"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment