Saturday, August 1, 2009

KAEDAH RAWATAN TANAH "SOIL TREATMENT"

Apabila sesuatu bangunan baru hendak didirikan, kawasan tapak bangunan tersebut hendaklah dirawat terlebih dahulu. Ini kerana struktur tanah sememangnya didiami oleh serangga perosak termasuklah serangga anai-anai.

Kaedah ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan bangunan dari di serang oleh anai-anai. Ini kerana bahan kimia yang disembur 100% akan diserap oleh tanah dan bahan kimia tersebut boleh bertahan di dalam tanah sehingga 2 hingga 5 tahun selagi ianya tidak terkena air. Selain dapat menghapuskan anai-anai yang terdapat dalam tanah, ianya juga dapat mencegah anai-anai dari luar masuk ke dalam tapak bangunan. Semburan yang terbaik mesti mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak kontraktor kerana semburan yang dilakukan mesti serentak dengan kerja-kerja penuangan konkrit. Untuk mengelakkan dari air hujan.

Bahan kimia yang digunakan diluluskan Jabatan Pertanian Malaysia

Lentrek 400 EC Bahan Aktif : 38.7 % w/w
Bahan Lengai : 61.3 % w/w

Kebaikan :
  • digunakan dikebanyakkan negara
  • ia mudah lekat pada tanah dan sukar hilang,menbolehkan kawalan yang berpanjangan.
  • tidak melekat pada tisu badan

PIPING SYSTEM

  1. Lubang bersaiz 32 mm di tebuk disekeliling luar dan dalam bangunan supaya dapat mencegah serangga anai-anai dari memasuki le dalam bangunan. Sebatang paip PVC bergaris pusat 16 mm dan panjang 450 mm yang telah ditebuk dibahagian batangnya dimasukkan le dalam lubang.
  2. Menebuk lantai konkrit menggunakan mesin berkuasa tinggi ke paras tanahsedalam 450 cm, 100 cm dari dinding bangunan dan sekeliling bangunanjarak lubang adalah 2 kaki.

KAEDAH PEMBASMIAN ANAI-ANAI SECARA "CORRECTIVE SOIL TREATMENT"

  1. Pemeriksaan keseluruhan bangunan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penebukan. Contohnya saluran paip di bawah lantai dapur dan bilik air untuk meastikan saluran paip ini tidak mengenai mesin gerudi apabila kerja-kerja penebukan dilakukan.
  2. Pemeriksaan juga akan dilakukan di seluruh struktur bangunan yang diperbuat dari bahan kayu. Jika terdapat anai-anai di tempat seperti jenang tingkap, jenang pintu, kayu kekuda dan siling maka bahan kimia spot powder akan digunakan.
  3. Menggerudi lubang di tepi dinding di sekeliling luar dalam bangunan. Penebukan dilakukan diatas lantai konkrit sehingga ke paras tanah (400 mm) ke dalam tanah tepi dinding, jarak antara lubang ke lubang 2 kaki dan 4 inci dari dinding. Saiz lubang bergaris pusat 16mm.
  4. Bahan lima sebanyak 5 liter disuntik kedalam lubang menggunakan alat (slap injector) dengan bantuan mesin High Pressure Pump. Alat ini dapat menentukan berapa liter bahan kimia yang telah disuntik. (5 liter / 35 saat)
  5. Setelah itu lubang-lubang akan ditampal dengan simen mengikut warna asal simen.
  6. Lawatan susulan akan dilakukan selepas 3 bulan kerja-kerja dilaksanakan untuk memastikan anai-anai mati keseluruhannya.

KATEGORI SERANGGA DAN TEKNIK PEMBASMIAN

TIKUS
Umpan-umpan lilin dan jagung yang diproses menjadi racun akan diletakkan didalam kotak khas dan diletakkan ditempat-tempat tersembunyi dan selamat terutama laluan tikus. Jika didapati jumlah, bahan "Glu Gam" akan digunakan atas persetujuan pelanggan. Jika terdapat bangkai tikus, anda boleh terus menghubungi kami dengan segera di masa waktu pejabat.
NYAMUK
Semburan bahan kimia dilakukan di dalam tangki najis utama, pasu bunga dan longkang di sekeliling bangunan/rumah. Jika terlalu tinggi maka " Mesin Fogger ULV" akan digunakan atas persetujuan pelanggan. Semburan mesin ini berasaskan air yang bersih dan selamat berbanding Fogger (asap) yang lain berasaskan minyak.


PEPIJAT
Semburan akan dilakukan dibawah katil, di celah-celah retakan simen, di celah karpet, di bawah meja serta di celah-celah kabinet dan almari dan di celah jenang tingkap dan sebagainya. Jika infestasi pijat terlalu tinggi, pengunaan mesin ULV akan dilakukan diatas persetujuan pelanggan.

KATEGORI SERANGGA DAN TEKNIK PEMBASMIAN

SEMUT
Semburan bahan kimia akan dilakukan di sekeliling luar dan dalam bangunan terutama dibawah pasu bunga (tempat persembunyian sarang semut), dikawasan tanah dan dikawasan tempat makanan (penyumbang utama kehadiran semut). Jika didapati infestasi semut terlalu tinggi, mesin ULV akan digunakan atas persetujuan pelanggan.
LIPAS
Semburan racun lipas akan dilakukan ditempat pembiakan seperti didalam tangki najis (tempat persembunyian lipas), di dalam kabinet, saluran air keluar dan de sekeliling luar bangunan (apron) terutama diretakan simen tempat persembunyian lipas di siang hari.
  • Bahan kimia Gel selamat digunakan di dalam bahgian kabinet serta laci meja.
  • Bahan kimia jenis gel akan dicalit di dalam laci serta kabinet, lipas kan memakan gel tersebut dan akan mati selepas 2 - 3 jam

KATEGORI SERANGGA DAN TEKNIK PEMBASMIAN

ANAI-ANAI
Semburan bahan kimia akan dilakukan disekeliling luar dan dalam bangunan terutama dibelakang almari, dijenang pintu, tingkap, atas siling (kayu kekuda), dalam kabinet dan stor tempat menyimpan barang seperti kotak-kotak kertas dan buku-bukupenyumbang utama serangan awal anai-anai. Kerja-kerja ini dilakukan 2 bualn sekali. Jika didapati infestasi anai-anai terlalu tinggi, kerja-kerja "Corrective Soil Treatment" akan dilakukan atas persetujuan pelanggan.



PEMBASMIAN ANAI-ANAI SECARA "CORRECTIVE SOIL TREATMENT"
  • Menebuk lantai jarak 2 kaki hingga ke paras tanah, saiz lubang 16mm
  • Bancuhan racun 25 ml/4 liter air menggunakan mesin pam berkuasa tinggi terus ke alat (Slap Injection)
  • Menyuntik racun terus ke dalam tanah menggunakan alat (Slap Injection) dengan kadar 5 - 8 liter setiap lubang




KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN ANAI-ANAI




Anai-anai (worker) memakan sellulose yang terdapat dalam kayu dan kemudian menghasilkan makanan dari tubuhnya untuk diberi makan seluruh koloni anai-anai

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA ANAI-ANAI






PROFIL SYARIKAT

NAMA SYARIKAT : D&H ENTERPRISE
PENUBUHAN : 28 September 2008
NO. PENDAFTARAN : 1800026 - W
ALAMAT : Tingkat 2, Kiosk No. 6, Pusat Komersial Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.
NO. TEL : 6019 - 2554555 / 6019 - 2555516
EMAIL: dnh@gmail.com
http://dnhpestcontrol.blogspot.com
BIDANG PERKHIDMATAN : KAWALAN SERANGGA PEROSAK (ANTI TERMITE)
NO E-PEROLEHAN :
INSTITUSI KEWANGAN : A/C NO - 12400 - 1080450359 (AL - RAJHI, TMN CONNOUGHT)

LOKASI

D&H ENTERPRISE
Tingkat 2, Kiosk No. 6,
Pusat Komersial Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.

No. Tel : 6019 - 2554555 / 6019 - 2555516
Email :dnh@gmail.com
http://dnhpestcontrol.blogspot.com